Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tarikh: 10-14 Julai 2022
Tempat: Maktab Rendah Sains MARA
Tumpuan: (i) Akademik
(ii) KEJORA- Acara olahraga dan balapan.
1) Akademik - Subjek Bahasa Melayu
Sesi Pengajaran dan Pembelajaran bagi pelajar Tingkatan 1 pada minggu ini telah diberikan tumpuan kepada penekanan prosa tradisional iaitu Asal Padi.
Kekuatan sesi PdP ini para pelajar dapat mengetahui berkenaan prosa tradisional Asal Padi dengan baik. Para pelajar diberi penerangan berkenaan aspek komsas iaitu sinopsis, tema, persoalan, watak dan perwatakan, latar, plot, nilai dan pengajaran. Untuk menghabiskan keseluruhan aspek mengambil masa selama 1 minggu iaitu sebanyak tiga pertemuan. Para pelajar dilihat dapat menguasai teks prosa ini dan dapat menjawab soalan pemahaman dengan baik.
Kelemahan sesi PdP ini ialah guru mendapati terdapat beberapa orang pelajar yang kurang mahir menjawab soalan pemahaman prosa tradisional Asal Padi dan telah diberi bimbingan yang lanjut oleh guru.
2) KEJORA- Acara olahraga dan balapan.
Kejohanan Olahraga MRSM Langkawi diteruskan dengan acara olahraga dan balapan selama 3 hari pada minggu ini. Alhamdulillah, rumah sukan Venus mendapat tempat ketiga bagi keseluruhan olahraga acara padang, balapan dan rentas desa. Pencapaian ini merupakan hasil usaha dan kerjasama guru, staff serta para pelajar.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment