Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tarikh: 26- 30 Jun 2022
Tempat: Maktab Rendah Sains MARA
Tumpuan: (i) Akademik
(ii) Pertandingan Pesta Pantun Peringkat Maktab 2022
1) Akademik - Subjek Bahasa Melayu
Sesi Pengajaran dan Pembelajaran bagi pelajar Tingkatan 1 pada minggu ini telah diberikan tumpuan kepada penekanan aspek KOMSAS iaitu cerpen Oren.
Kekuatan sesi PdP ini para pelajar dapat memahami berkenaan cerpen Oren dari aspek tema, persoalan, watan dan perwatakan, nilai dan pengajaran. Dalam PdP minggu ini mereka diterangkan dan didedahkan dengan aspek-aspek komsas tersebut. Para pelajar dapat menjawab latihan berkaitan cerpen Oren dengan baik.
Kelemahan sesi PdP ini ialah guru mendapati terdapat beberapa orang pelajar yang perlu diberi bimbingan dengan lebih lanjut kerana kurang memahami berkenaan persoalan cerpen Oren dan teknik menjawab soalan pemahaman cerpen Oren dengan baik.
2) Pertandingan Online Karnival Bahasa MRSM Se-Malaysia 2022
Pertandingan pesta Pantun peringkat MRSM Langkawi telah diadakan dan memfokuskan kepada para pelajar tingkatan 2 sahaja. Alhamdulillah kelas saya telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan ini iaitu kelas 205 hasil kerjasama antara para peserta dan guru serta para pelajar yang lain. Berkat kegigihan mereka akhirnya membuahkan hasil.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment