Monday, September 12, 2022

MINGGU 3: 22/5/22 - 26/5/22

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tarikh: 22/5/22 hingga 26/5/2022

Tempat: Maktab Rendah Sains MARA

Tumpuan: (i) Akademik

                    (ii) Perjumpaan Kelab Gamelan 


1) Akademik - Subjek Bahasa Melayu

Sesi Pengajaran dan Pembelajaran bagi pelajar Tingkatan 1 pada minggu ini telah diberikan tumpuan kepada penekanan aspek KAT 1 (Kemahiran Asas Tingkatan 1) 2022. Perbincangan ini telah menekankan aspek kemahiran pengucapan Awam. 

Kekuatan sesi PdP ini para pelajar dapat mengetahui teknik-teknik pengucapan awam yang betul bagi mendalami dan memahami kaedah penyampaian pengucapan awam Bahasa Melayu yang baik. Selain itu, guru juga boleh mengetahui kelemahan para pelajar sama ada berada di tahap penguasaan  pengucapan awam yang paling asas atau cemerlang. 

Kelemahan sesi PdP ini ialah guru mendapati terdapat beberapa orang pelajar yang tidak mahir bertutur dalam Bahasa Melayu formal kerana pelajar-pelajar tersebut menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan  manakala Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua mereka sama ada di rumah mahupun sekolah. Namun, guru telah memberi bimbingan yang lebih kepada para pelajar ini. 


2) Perjumpaan Kelab Gamelan 

Satu perjumpaan bersama para ahli Kelab Gamelan dilakukan bagi memastikan para pelajar mendapat latihan yang berterusan dalam memainkan muzik gamelan. Kelab Gamelan ini merupakan satu-satunya kelab muzik di MRSM Langkawi.

Sekian, terima kasih.




No comments:

Post a Comment

MINGGU 12: 11/9/22- 15/9/22

   Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tarikh: 11/9/22- 15/9/22 Tempat: Maktab Rendah Sains MARA Tumpuan: (i) Akademik                     ...