Monday, September 12, 2022

MINGGU 4: 29 Mei- 2 JUN 2022

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tarikh: 29 Mei- 2 Jun 2022

Tempat: Maktab Rendah Sains MARA

Tumpuan: (i) Akademik

                    (ii) Perjumpaan Homeroom Mummy Lia 20


1) Akademik - Subjek Bahasa Melayu

Sesi Pengajaran dan Pembelajaran bagi pelajar Tingkatan 1 pada minggu ini telah diberikan tumpuan kepada penekanan aspek bacaan dan hayati sajak Biarkan Alam Tersenyum. Selain itu, para pelajar juga perlu membincangkan cara-cara mengatasi masalah pembuangan sampah di sungai  dalam bentuk peta minda. 

Kekuatan sesi PdP ini para pelajar dapat mengetahui teknik-teknik yang betul dan tepat dalam menyampaikan sajak. Para pelajar juga didedahkan dengan cara yang betul untuk memahami setiap maksud sajak yang disampaikan. Setiap pelajar mendapat bimbingan daripada guru.

Kelemahan sesi PdP ini para guru perlu memberi pendedahan dan perincian berulang kali setiap kali sesi Pdp bagi memastikan para pelajar menguasai teknik penyampaian sajak yang betul. Hal ini demikian kerana para pelajar tingkatan 1 masih baru dalam penghayatan sajak dan memerlukan bimbingan yang selanjutnya daripada guru. Hampir semua pelajar menguasai teknik penyampaian sajak dengan betul. 

2) Perjumpaan Homeroom Mummy Lia 20

Perjumpaan homeroom pada kali ini lebih kepada menghargai anak-anak homeroom yang mendapat keputusan yang cemerlang pada semester lepas dengan pemberian hadiah dan sijil homeroom daripada guru homeroom. Alhamdulillah 12/12 anak homeroom mummy Lia mendapat keputusan yang membanggakan dengan gred purata PNG 3.50 hingga 3.91. Pertemuan ini untuk memberikan motivasi yang lebih tinggi kepada anak homeroom untuk terus cemerlang.


Sekian, terima kasih.



No comments:

Post a Comment

MINGGU 12: 11/9/22- 15/9/22

   Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tarikh: 11/9/22- 15/9/22 Tempat: Maktab Rendah Sains MARA Tumpuan: (i) Akademik                     ...