Monday, September 12, 2022

MINGGU 10: 17-21 JULAI 2022

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tarikh: 17- 21 JULAI 2022

Tempat: Maktab Rendah Sains MARA

Tumpuan: (i) Akademik

                    (ii) MRSM EXPO 


1) Akademik - Subjek Bahasa Melayu

Sesi Pengajaran dan Pembelajaran bagi pelajar Tingkatan 1 pada minggu ini telah diberikan tumpuan kepada penekanan aspek tatabahasa Kata Tanya.

Kekuatan sesi PdP ini para pelajar dapat mengetahui berkenaan kata tanya dengan lebih lanjut. Guru memberikan penerangkan berkenaan kata tanya. Para pelajar dilihat menguasai tatabahasa ini dan dapat membina ayat dengan baik dengan menggunakan kata tanya yang tepat dan betul mengikut konteks ayat. 

Kelemahan sesi PdP ini ialah guru mendapati terdapat 2 orang pelajar kurang mahir dalam membina ayat menggunakan kata tanya kerana seringkali menggunakan bahasa Inggeris dalam penulisan dan percakapan. Pelajar- pelajar ini telah diberikan intervensi dan bimbingan selanjutnya. 

2) MRSM EXPO

Sempena dengan minggu aktiviti peringkat maktab, satu expo besar-besaran telah diadakan dalam maktab dengan objektif memupuk nilai keusahawanan dalam kalangan para pelajar. Selain itu, terdapat vendor-vendor luar yang turut menyertai expo ini dengan menjual pelbagai jenis makanan dan minuman. Uniknya, expo ini dikendalikan oleh para pelajar sendiri iaitu BWP (Badan Wakil Pelajar MRSM Langkawi). Expo ini berlangsung dengan jayanya dan objektif tercapai.

Sekian, terima kasih,



 Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment

MINGGU 12: 11/9/22- 15/9/22

   Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tarikh: 11/9/22- 15/9/22 Tempat: Maktab Rendah Sains MARA Tumpuan: (i) Akademik                     ...