Monday, September 12, 2022

MINGGU 11: 7/8/22- 11/8/22

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tarikh: 7/8/22-11/8/22

Tempat: Maktab Rendah Sains MARA

Tumpuan: (i) Akademik

                    (ii) Piknik Homeroom


1) Akademik - Subjek Bahasa Melayu

Sesi Pengajaran dan Pembelajaran bagi pelajar Tingkatan 1 pada minggu ini telah diberikan tumpuan kepada penekanan tatabahasa kata seru. 

Kekuatan PdP ini para pelajar dapat mengetahui dan memahami berkenaan kata seru dengan baik. Semua pelajar dilihat menguasai kata seru dan mereka tahu penggunaannya mengikut konteks ayat. Para pelajar dapat membina ayat dengan baik dengan menggunakan kata seru.

Kelemahan PdP ini iaitu guru dapat mengenalpasti 2 orang pelajar yang kurang mahir menggunakan kata seru mengikut konteks yang betul. Pelajar-pelajar ini tidak dapat membezakan kata seru yang menunjukkan sedih ataupun kata seru yang menunjukkan perasaan sakit. Namun, 2 orang pelajar ini telah diberikan bimbingan dan intervensi selanjutmnya oleh guru.

2) KEJORA- Acara olahraga dan balapan.

Pertandingan Piknik Homeroom telah diadakan di peringkat maktab. Objektif pertandingan ini diadakan bagi memupuk silaturahim dalam kalangan ahli homeroom dan merapatkan lagi ukhuwah antara guru homeroom dan anak-anak homeroom. Alhamdulillah, kami berasa sangat gembira dengan aktiviti ini walaupun tidak memenangi pertandingan ini. Hasil kerjasama anak homeroom dan guru, kami berjaya menyediakan hidangan burger yang lazat dan air viral. Aktiviti berjalan lancar dan mencapai objektif.

Sekian, terima kasih.




No comments:

Post a Comment

MINGGU 12: 11/9/22- 15/9/22

   Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tarikh: 11/9/22- 15/9/22 Tempat: Maktab Rendah Sains MARA Tumpuan: (i) Akademik                     ...