Monday, September 12, 2022

MINGGU 6: 20- 23 JUN 2022

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tarikh: 20-23 JUN 2022

Tempat: Maktab Rendah Sains MARA

Tumpuan: (i) Akademik

                    (ii) Pertandingan Online Karnival Bahasa MRSM Se-Malaysia 2022


1) Akademik - Subjek Bahasa Melayu

Sesi Pengajaran dan Pembelajaran bagi pelajar Tingkatan 1 pada minggu ini telah diberikan tumpuan kepada penekanan aspek tatabahasa Kata Nama Khas.

Kekuatan sesi PdP ini para pelajar dapat mengetahui berkenaan kata nama Khas dengan lebih terperinci dan mendalam. Para pelajar perlu membuat 10 ayat berdasarkan kata nama Khas yang diberikan oleh guru. Semua pelajar dapat menyesuaikan dan menggunakan kata nama Khas dengan baik. 

Kelemahan sesi PdP ini ialah guru mendapati terdapat beberapa orang pelajar yang kurang mahir membina ayat dengan baik tetapi mereka memahami maksud dan mampu membezakan kata nama Khas. Guru memberi bimbingan sepenuhnya kepada para pelajar. 


2) Pertandingan Online Karnival Bahasa MRSM Se-Malaysia 2022

Sesi rakaman bagi pertandingan online Karnival Bahasa MRSM Se-Malaysia 2022 dilaksanakan. Kami menghantar seramai 4 orang peserta bagi pertandingan pidato Menengah Redah dan juga pidato Menengah Atas dan satu kumpulan forum Bahasa Melayu. Rakaman yang dilakukan tidak mudah kerana beberapa orang peserta tidak dapat menghafal dengan baik dan sesi rakaman tamat sehingga jam 10 malam.


Sekian, terima kasih.





Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment

MINGGU 12: 11/9/22- 15/9/22

   Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tarikh: 11/9/22- 15/9/22 Tempat: Maktab Rendah Sains MARA Tumpuan: (i) Akademik                     ...