Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tarikh: 3- 7 JULAI 2022
Tempat: Maktab Rendah Sains MARA
Tumpuan: (i) Akademik
(ii) KEJORA- Rentas Desa MRSM Langkawi 2022
1) Akademik - Subjek Bahasa Melayu
Sesi Pengajaran dan Pembelajaran bagi pelajar Tingkatan 1 pada minggu ini telah diberikan tumpuan kepada penekanan aspek tatabahasa Kata Nama Am.
Kekuatan sesi PdP ini para pelajar dapat mengetahui berkenaan kata nama Am dengan lebih terperinci dan mendalam. Para pelajar perlu membuat 10 ayat berdasarkan kata nama Am yang diberikan oleh guru. Semua pelajar dapat menyesuaikan dan menggunakan kata nama Am dengan baik.
Kelemahan sesi PdP ini ialah guru mendapati terdapat beberapa orang pelajar yang kurang mahir membina ayat dengan baik tetapi mereka memahami maksud dan mampu membezakan kata nama Khas dan kata nama Am. Guru memberi bimbingan sepenuhnya kepada para pelajar.
2) KEJORA- Rentas Desa MRSM Langkawi 2022
Kejohanan Olahraga Peringkat MRSM Langkawi 2022 dimulakan dengan rentas desa antara rumah sukan iaitu Uranus, Venus, Jupiters dan juga Mars. Setiap pelajar wajib menyertai rentas desa ini bagi menyumbang mata kepada rumah sukan masing-masing kecuali yang mempunyai masalah kesihatan. Alhamdulillah, rumah sukan saya, iaitu Venus mendapat tempat ketiga dalam semua kategori rentas desa ini. Aktiviti berlangsung dengan baik dan lancar.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment