Saturday, July 16, 2022

MINGGU 2: 15-19/5/2022

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tarikh: 15- 19 Mei 2022

Tempat: Maktab Rendah Sains MARA

Tumpuan: (i) Akademik

                  (ii) Sambutan Hari Guru dan Hari Raya MRSM Langkawi 2022


1) Akademik - Subjek Bahasa Melayu

Sesi Pengajaran dan Pembelajaran bagi pelajar Tingkatan 1 pada minggu ini telah diberikan tumpuan kepada penekanan aspek KAT 1 (Kemahiran Asas Tingkatan 1) 2022. Sesi Pdp ini telah dilaksanakan dengan menguji tahap kefahaman para pelajar berkenaan kemahiran membaca ACID. Sebanyak dua lembaran latihan telah diberikan kepada para pelajar dengan menggunakan alat bahan mengajar (ABM) yang bersesuai dengan tahap mereka. Kekuatan sesi PdP ini guru dapat mengukur tahap kefahaman para pelajar menggunakan teknik membaca ACID dengan betul dan boleh mengetahui sama ada para pelajar tersebut mahir ataupun tidak. 

Kelemahan sesi PdP ini ialah guru mendapati terdapat beberapa orang pelajar yang tidak mahir menggunakan teknik ACID dalam membuat lembaran latihan tersebut. Namun, para pelajar ini telah diberi bimbingan dengan labih berfokus dan guru memberikan intervensi kepada mereka. 

2) Sambutan Hari Guru dan Hari Raya MRSM Langkawi 2022

Pada 19 Mei 2022, MRSM Langkawi telah mengadakan sambutan Hari Guru dan Hari Raya bagi meraikan para guru, para pelajar dan warga MRSM. Antara kelebihan sambutan ini dapat mengeratkan silaturahim antara warga MRSM. Sambutan ini berlangsung dengan gilang gemilang dan pelbagai juadah dihidangkan. Pelbagai persembahan yang menarik dipersembahkan oleh para pelajar dan saya juga tidak terkecuali melakukan persembahan.  Bagi saya, sambutan ini amat menyeronokkan dan dapat meluangkan masa bersama anak-anak pelajar. 

Sekian, terima kasih.







Thursday, July 14, 2022

MINGGU 1: 9-12 MEI 2022

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tarikh: 9- 12  Mei 2022

Tempat: Maktab Rendah Sains MARA

Tumpuan: (i) Akademik

                    (ii) Perjumpaan Homeroom 


1) Akademik - Subjek Bahasa Melayu

Sesi Pengajaran dan Pembelajaran bagi pelajar Tingkatan 1 pada minggu ini telah diberikan tumpuan kepada penekanan aspek KAT 1 (Kemahiran Asas Tingkatan 1) 2022. Perbincangan ini telah menekankan aspek kemahiran membaca iaitu kemahiran ACID, CHATT, S4QR, 5W 1H, QUACK. 

Kekuatan sesi PdP ini para pelajar dapat mengetahui teknik-teknik bacaan yang betul bagi mendalami dan memahami bahan bacaan Bahasa Melayu. Selain itu, guru juga boleh mengetahui kelemahan para pelajar sama ada berada di tahap penguasaan membaca yang paling asas atau cemerlang. 

Kelemahan sesi PdP ini ialah guru mendapati terdapat beberapa orang pelajar yang tidak mahir membaca dalam Bahasa Melayu kerana pelajar-pelajar tersebut menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan dan bacaan manakala Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua mereka sama ada di rumah mahupun sekolah. Namun, guru telah memberi bimbingan yang lebih kepada para pelajar ini. 


2) Perjumpaan Homeroom Mummy Lia 20

Satu perjumpaan homeroom selepas cuti hari raya Aidilfitri diadakan bagi membincangkan persediaan untuk menyambut Hari Raya peringkat maktab. Sebagai guru homeroom, saya telah membahagikan tugas kepada anak-anak homeroom untuk melakukan persediaan membuat video sempena pertandingan video Hari Raya Homeroom 2022. 

Antara kelebihan pertemuan homeroom ini ialah dapat mengeratkan silaturahim antara penasihat homeroom dan para pelajar. Sebagai penasihat homeroom, saya amat berbangga dengan pencapaian dan kerjasama yang diberikan oleh anak-anak homeroom saya. 

Sekian, terima kasih.




MINGGU 12: 11/9/22- 15/9/22

   Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tarikh: 11/9/22- 15/9/22 Tempat: Maktab Rendah Sains MARA Tumpuan: (i) Akademik                     ...